OBJEKTIF

Kurikulum Matematik Tambahan membolehkan murid :

  1. Memperluaskan ketrampilan dalam bidang nombor, bentuk dan perkaitan serta memperoleh pengetahuan dalam kalkulus, vektor dan pengaturcaraan linear.
  2. Memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah.
  3. Memperkembangkan kebolehan untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berhujah secara mantik.
  4. Membuat inferens dan pengitlakan yang munasabah daripada maklumat yang diberi.
  5. Menghubungkaitkan pembelajaran matematik dengan aktiviti harian dan kerjaya.
  6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menterjemahkan dan menyelesaikan masalah kehidupan harian.
  7. Menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat.
  8. Menghubungkaitkan kewujudan idea matematik dengan keperluan dan aktviti manusia.
  9. Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi untuk meneroka matematik.
  10. Mengamalkan nilai intrinsik matematik.